Air Suci

Saya tertarik dengan perkara yang diusulkan oleh Ust Has mengenai sikap kita terhadap penggunaan air. Memang benar, di tempat kita, air melimpah ruah. Harga air murah. Maka, kita jarang berfikir untuk menjimatkan penggunaan air. Berapa sangatlah bil air tu.. Lebih-lebih lagi jikalau kita tidak perlu bayar bil air (teringat masa dok kat UTM dulu) ataupun bil air dah dimasukkan dalam bil sewa(apartment skarang kene bayar bil air pulak)..banyaklah air yang dibazirkan, yelah, kita tak rugi ape-ape..lagi rase berbaloi sewa yang dibayar..

Bagaimana pulak jika tetiba bekalan air terputus untuk sementara waktu? Dengan sekelip mata, kita menjadi seorang yang cukup prihatin untuk meng’limit’kan penggunaan air. Semua keperluan yang memerlukan air perlu dikurangkan penggunaanya mengikut kuota. Mandi, amik wudhu’, basuh tangan, semuanya perlu dikurangkan, sehinggalah bekalan air dipulih semula. Apabila bekalan dah ade semula, kembalilah sikap membazir tu..sukar untuk kita mengambil pengajaran.

Saya amat terkesan dengan hadis yang dimuatkan dalam artikel Ust Has ini. Di dalam hadis ini, Baginda s.a.w menekankan betapa pentingnya kita untuk mengelakkan pembaziran dan perlunya kita untuk memastikan bahawa kita benci sikap membazir ini.

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Baginda SAW pada suatu ketika, melintasi Saad ibn Abi Waqqas R.A. yang sedang berwudhu dengan menggunakan air yang banyak. Lalu baginda bertanya, “Mengapakah dengan pembaziran ini?” Saad bertanya kepada baginda: Apakah di dalam soal berwudhu’ pun dikira pembaziran? Baginda S.A.W menjawab, “Ya, (membazir tetap membazir), walaupun kamu berada di sungai yang mengalir – riwayat Ibn Majah

Bercakap tentang air, saya teringat kisah Khalifah Harun Rasyid apabila beliau meminta nasihat daripada ulama yang telah diangkat sebagai penasihatnya. Dalam kisah berikut, ulama’ tersebut meletakkan harga kerajaan Khalifah Harun setaraf dengan harga secawan air putih sahaja. Betapa murahnya harga sebuah kerajaan!

“Maaf Amirul Mukminin, seandainya Tuan berada di sebuah padang pasir yang gersang, sinar matahari memancar dengan terik, persediaan air Tuan tidak ada lagi, dan diperkirakan tak lama lagi Tuan akan mati kehausan, tiba-tiba datang seseorang menawarkan secawan air, apakah Tuan akan menerimanya?”

“Ya, saya akan menerimanya. Dalam keadaan seperti itu, separuh kerajaan pun akan saya berikan untuk menebus secawan air yang diberikannya kepadaku.”

“Tuan memang jujur,” ujar sang ulama. Lalu ia mengajak Harun Ar Rasyid menghabiskan air di dalam cawan masing-masing.

“Kini air sudah Tuan minum hingga tak tersisa. Namun, masih ada kesulitan yang Tuan alami. Seandainya air tersebut tidak bisa dikeluarkan dari tubuh Tuan sampai berhari-hari, berapa tuan mau bayar supaya air tersebut bisa dikeluarkan?” tanya sang ulama lagi.

Khalifah Harun Ar Rasyid diam sejenak, “Berapa pun saya akan bayar,” ujarnya mantap. “Walaupun Tuan untuk membayar separuh kerajaan milik Tuan yang tersisa?” tanya sang ulama.

Tanpa berpikir lama, Harun Ar Rasyid menjawab, “Ya. Saya akan membayar walaupun dengan separuh kerajaan sekalipun.”

Mendengar jawaban sang khalifah, sang ulama menggunakan kesempatan tersebut untuk memberikan nasehatnya. “Wahai Amirul Mukminin, ternyata harga kerajaan Tuan sangat tidak berarti disisi Alloh. Seluruh kerajaaan yang Tuan banggakan, harganya tak lebih dari secawan air belaka. Separuhnya untuk menebus kehausan Tuan, dan separuhnya lagi untuk membayar agar Tuan bisa mengeluarkan air itu dari tubuh Tuan. Begitulah nilai kerajaan Tuan dibanding kekuasaan Alloh. Dan, inilah nasehat saya.”

Iklan

Tinggalkan komentar

Filed under intermezo

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s